Berita Terkini

Larian Keluarga Malaysia 2024 terima 5,000 penyertaan

SHAH ALAM – Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2024 anjuran Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) yang akan berlangsung pada Ahad bersamaan 29 September berjaya menarik hampir 5,000 penyertaan merentasi pelbagai negara dan peringkat usia.

Pengerusi YKM yang juga Perdana Menteri Kesembilan Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, program itu mendapat sambutan luar jangka dari 10 negara antaranya Kenya, Mesir, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Indonesia.

“Ia merupakan acara larian yang julung kali dianjurkan YKM dan menerima penyertaan amat memberangsangkan. Sebelum ini, YKM menyasarkan sebanyak 3,000 peserta sahaja, bagaimanapun sambutan amat luar biasa.

“Larian Keluarga Malaysia 2024 adalah larian amal untuk mengumpul dana bagi membantu anak-anak yatim dan yatim piatu yang kehilangan ibu, bapa, ibu bapa atau penjaga akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sumber: Berita Harian

Share:

Facebook
LinkedIn
WhatsApp

Artikel Terkini