Berita Terkini

‘Tiada lagi masakan mak yang sedap-sedap’

SEREMBAN -“Saya rindu nak makan tosei mak sebab tosei mak paling sedap,” luah anak sulung daripada empat beradik, M Ranjini, 17, yang kehilangan ibunya, G Tamilselvi akibat Covid-19 tiga tahun lalu.

Menurut Ranjini, selepas ibunya meninggal dunia, dia bersama tiga adiknya, Sumen Raj, 15, Kishor Raj, 14, dan Bhuvana, 10, terpaksa menumpang teduh di rumah datuknya, S Gunasigaram, 61, yang uzur dan tidak bekerja di Taman Bukit Mutiara di sini.

“Saya tidak pernah menjangka kehilangan mak secepat itu sekali gus menyebabkan kami menjadi anak yatim di usia masih muda. Tiada lagi air tangan, masakan mak yang sedap-sedap.

“Kami juga terputus hubungan dengan bapa kandung sejak sembilan tahun lalu selain bergantung ihsan dengan ibu saudara yang banyak membantu kami empat beradik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah datuknya di Taman Bukit Mutiara di sini pada Selasa.

Sumber: Berita Harian

Share:

Facebook
LinkedIn
WhatsApp

Artikel Terkini