Berita Terkini

YKM salur RM5 juta bantu anak yatim kematian ibu bapa akibat Covid-19

KOTA BHARU – Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) membelanjakan kira-kira RM5 juta setahun untuk membantu golongan memerlukan terutamanya anak-anak yang kematian ibu bapa akibat pandemik Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini seramai 977 penerima Bantuan Kasih YKM melalui dana yang turut dibantu oleh kerajaan itu.

“Yayasan juga berusaha menambah dana yang ada melalui pelaksanaan program kerana setiap tahun ada peningkatan penerima.

“Kita memulakan tahun baharu ini dengan menyantuni tiga keluarga di sekitar Pasir Mas dan Kota Bharu sebagai komitmen berterusan menjaga kebajikan anak-anak yatim dan yatim piatu yang terkesan dengan pandemik Covid-19,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Facebook
LinkedIn
WhatsApp

Artikel Terkini