Berita Terkini

Bantuan Kasih bantu hampir 1,000 anak yatim piatu akibat Covid-19

JENJAROM – Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) mengeluarkan dana menerusi Bantuan Kasih sebanyak RM3 juta setahun bagi menjaga kebajikan hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kehilangan ibu bapa mereka akibat pandemik Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, YKM akan mula mengkreditkan Bantuan Kasih ini kepada semua penerima yang layak pada tanggal 30 hari bulan pada setiap bulan.

Jelasnya, dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah YKM pada Disember tahun lalu bersetuju untuk memberi secara bulanan kepada semua penerima yang layak agar setiap penerima dapat menggunakan bantuan tersebut dengan sebaiknya tanpa perlu menunggu satu tempoh lama.

“Insya-ALLAH pada 30 Januari ini dan pada tarikh yang sama setiap bulan, bantuan akan dikreditkan secara dalam talian.

Sumber: Berita Harian

Share:

Facebook
LinkedIn
WhatsApp

Artikel Terkini