Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1.4 bilion melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia. Ini termasuk bantuan tunai (Bantuan Wang Ihsan), pembiayaan dengan kadar 0%, bantuan peralatan elektrik dan baucar membaiki kenderaan yang rosak bagi membantu rakyat terkesan membina semula kehidupan dengan segera, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.