Bantuan YKM
BANTUAN YKM
Sejak YKM ditubuhkan pada tahun 2021, seramai 534 penerima telah menerima bantuan secara one-off semasa Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.
Pada tahun 2024, pihak YKM telah mula menyalurkan Bantuan Kasih YKM, iaitu bantuan tahunan kepada 515 penerima yang layak dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.1 juta setahun.
YKM juga turut menyalurkan Bantuan Persekolahan dan Bantuan Menara Gading kepada 585 penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM175,500.
Bantun-bantuan tersebut telah menjadi komitmen dan tanggungjawab YKM pada setiap tahun. Jumlah penerima bantuan juga dijangka terus bertambah pada setiap tahun sekaligus meningkatkan tanggungan YKM.
- JENIS-JENIS BANTUAN
Bantuan Kasih YKM
- Bantuan tahunan ini akan disalurkan secara berfasa kepada penerima yang layak mengikut kategori berikut:
Perkara
|
Kadar
|
---|---|
Kategori A: Sejak lahir sehingga 15 tahun
|
RM2,000
|
Kategori B: 16 tahun sehingga tamat Ijazah Sarjana Muda Pertama
|
RM2,500
|
Bantuan Persekolahan
- Bantuan pendidikan sebanyak RM300 secara one-off kepada anak-anak yang masih bersekolah.
Bantuan Menara Gading
- Bantuan pendidikan sebanyak RM300 secara one-off kepada anak-anak yang masih menuntut di institusi pengajian tinggi.
- Individu
Sejumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan bagi bayaran BKC dengan proses pengkreditan Fasa 1 bermula 6 hingga 10 September 2021. Bantuan itu sekali gus memanfaatkan seramai 10 juta penerima daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.
Majlis Pekerjaan Negara (National Employment Council – NEC) yang bermesyuarat buat kali ketiga pada 22 September 2021, dimaklumkan lebih 376,000 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan melalui 27 inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan setakat 10 September 2021.
Rumah IKRAM adalah usaha terbaru kerajaan membantu mereka yang terjejas kerana COVID-19. Dengan harga sewa bulanan serendah RM124 sebulan. RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA akan ditambah kepada 2,000 unit. Semua penerima RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA juga akan diberikan pengecualian bayaran sehingga 6 bulan bermula dari tarikh menerima kunci.
PRIHATIN Kasih adalah bantuan barangan dapur tanpa tunai (cashless) di bawah pakej PEMERKASA yang diumumkan pada Mac 2021.Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima bantuan bulanan tanpa tunai sebanyak RM100 selama (3) bulan, melalui akaun MyKad.
Tiada permohonan diperlukan. Penerima akan dikenal pasti daripada mereka yang sudah berdaftar dengan pangkalan data kerajaan.
Program ini telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.
Pemohonan boleh dirujuk dengan syarikat Telco masing-masing.
Memperluas skop Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu kehilangan pekerjaan dan penganggur dari golongan rentan yang terlibat dalam peluang pekerjaan jangka pendek sehingga mereka dapat memperoleh pekerjaan sepenuh masa.
SPS Prihatin Wanita adalah bantuan Kerajaan di bawah Pakej PEMERKASA bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO yang dikhususkan kepada semua wanita yang bekerja sendiri daripada pelbagai sektor informal.
Orang Bekerja Sendiri (OBS) boleh membuat pendaftaran dan caruman SPS Prihatin Wanita dengan hadir di kaunter pejabat PERKESO di seluruh negara.
Program Pendidikan Seni yang akan dipaparkan di TV serta di platform digital. Program ini akan memberi tumpuan kepada penggiat seni Malaysia untuk berkongsi dengan para penonton kemahiran asas dalam membuat seni.
Pas bulanan dengan harga RM5 bagi meringankan beban perbelanjaan pengangkutan awam untuk pelajar sekolah dan orang kelainan upaya.
Menyediakan pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga bertaraf 4 atau 5 bintang buatan tempatan atau yang dikilangkan dan mendapat persijilan SIRIM atau setara
eLadang adalah inisiatif perintis yang dipacu oleh MDEC, dengan kerjasama rakan ekosistem untuk memperkasakan sektor pertanian, melalui peningkatan kesedaran teknologi 4IR, latihan digitalisasi dan pemangkinan adaptasi ‘Digital AgTech’ secara berskala bagi melonjakkan ekonomi digital negara.
- Perniagaan
Bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tambahan untuk peminjam individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40, T20 dan PKS mikro boleh memilih untuk mendapatkan moratorium 6 bulan. Permohonan boleh dibuat di laman sesawang bank masing-masing.
PSU adalah bantuan kewangan yang dibayar kepada majikan setiap perusahaan bagi setiap pekerja tempatan. Tujuan PSU ialah untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat COVID-19 serta penutupan operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
Skim pembiayaan kepada usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
BSN Micro/i Kredit Penjana ialah skim pembiayaan atau pinjaman yang ditawarkan bagi membantu perusahaan mikro untuk mengekalkan operasi serta meningkatkan produktiviti perniagaan mereka. Turut ditawarkan pakej khas bagi usahawan wanita di bawah BSN Micro/i Kredit Penjana. BSN Micro/i Kredit Penjana juga menawarkan moratorium 6 bulan ke atas pembayaran ansuran bulanan.
PenjanaKerjaya 3.0 merupakan penambahbaikan daripada Program Insentif Pengambilan Pekerja yang telah dilaksanakan sebelum ini. Semua pengambilan pekerja yang dilakukan mulai 15 Jun 2021 layak memohon di bawah PenjanaKerjaya 3.0.
Kempen ini adalah untuk menyokong peniaga tempatan menyertai platform e-dagang dengan memberi fokus untuk mempromosikan sektor seperti halal, kraf tangan, pertanian, peruncitan dan perkhidmatan untuk membantu meningkatkan penjualan dan jangkauan perniagaan-perniagaan kecil Malaysia.
Skim Pembiayaan Perniagaan Khusus Untuk Wanita yang bertujuan memperhebatkan penyertaan wanita dalam aktiviti keusahawanan, memperkasakan usahawan wanita sedia ada dan meningkatkan pendapatan isi rumah.
Skim Pembiayaan ini khas untuk usahawan Bumiputera dan India yang mengurus / mengendali fasiliti sukan. Usahawan boleh menghantar permohonan melalui Pejabat/Cawangan TEKUN yang berdekatan dengan premis atau lokasi perniagaan pemohon.
Skim jaminan kerajaan bagi membantu syarikat-syarikat PKS dalam pelbagai industri dan sektor untuk mendapatkan akses kepada kemudahan kredit atau pembiayaan yang diperlukan. Permohonan boleh dibuat melalui Institusi Kewangan yang bekerjasama dengan SJPP.
Pembiayaan bagi melaksanakan 17 tujuan pembangunan lestari (SDG) di bawah agenda pembangunan United Nations 2030 untuk pembangunan lestari. Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Kumpulan Perbankan Perniagaan di 03-2611 3888.
Kemudahan Pembiayaan bagi syarikat pengangkutan awam meningkatan liputan dan perkhidmatan pengangkutan awam.
Di bawah Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), sebanyak RM200 juta disediakan untuk skim pembiayaan pembangunan automasi, digitalisasi dan penggunaan teknologi hijau. Selain itu, kadar faedah pinjaman telah dikurangkan dari 5% kepada 3% bagi tempoh 12 bulan, bermula 1 April 2021.
Dana Intervensi Industry4WRD merupakan kemudahan bantuan kewangan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang telah mengikuti program Penilaian Kesediaan (Readiness Assessment) yang dibiayai oleh Kerajaan untuk menyokong peralihan ke arah Industri 4.0.
Merupakan salah satu inisiatif MYNIC buat semua Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PKS) yang menawarkan 20,000 nama domain PERCUMA untuk PKS yang mendaftar sebelum 31 Disember 2021.
Kemudahan pembiayaan bagi transformasi keupayaan industri. Malaysia dalam bidang digital dan teknologi Industri 4.0. Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Kumpulan Perbankan Perniagaan di talian 03-2611 3888.
- Individu
Sejumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan berkaitan bagi bayaran BKC dengan proses pengkreditan Fasa 1 bermula 6 hingga 10 September 2021. Bantuan itu sekali gus memanfaatkan seramai 10 juta penerima daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.
Kerajaan memperuntukkan lebih RM471.6 juta bagi tujuan pemberian Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) kepada Keluarga Malaysia kategori B40 dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19.
Majlis Pekerjaan Negara (National Employment Council – NEC) yang bermesyuarat buat kali ketiga pada 22 September 2021, dimaklumkan lebih 376,000 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan melalui 27 inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan setakat 10 September 2021.
Rumah IKRAM adalah usaha terbaru kerajaan membantu mereka yang terjejas kerana COVID-19. Dengan harga sewa bulanan serendah RM124 sebulan. RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA akan ditambah kepada 2,000 unit. Semua penerima RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA juga akan diberikan pengecualian bayaran sehingga 6 bulan bermula dari tarikh menerima kunci.
PRIHATIN Kasih adalah bantuan barangan dapur tanpa tunai (cashless) di bawah pakej PEMERKASA yang diumumkan pada Mac 2021.Penerima PRIHATIN Kasih akan menerima bantuan bulanan tanpa tunai sebanyak RM100 selama (3) bulan, melalui akaun MyKad.
Program ini telah diumumkan di dalam Belanjawan 2021 dengan peruntukan asal RM1.5 bilion untuk membantu sekitar 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui penyediaan subsidi bagi langganan perkhidmatan telekomunikasi atau pembelian peranti mudah alih.
Bantuan Bayaran Balik Pinjaman adalah bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tambahan untuk peminjam individu dan PKS. Di bawah pakej PEMULIH yang diumumkan pada 28 Jun 2021, semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40, T20 dan PKS mikro boleh memilih untuk mendapatkan moratorium 6 bulan. Kelulusan akan diberikan secara automatik kepada semua yang memohon.
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Memperluas skop Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu kehilangan pekerjaan dan penganggur dari golongan rentan yang terlibat dalam peluang pekerjaan jangka pendek sehingga mereka dapat memperoleh pekerjaan sepenuh masa.
SPS Prihatin Wanita adalah bantuan Kerajaan di bawah Pakej PEMERKASA bagi menyediakan perlindungan keselamatan sosial di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS), PERKESO yang dikhususkan kepada semua wanita yang bekerja sendiri daripada pelbagai sektor informal.
- Perniagaan
Bantuan bayaran balik pinjaman bersasar tambahan untuk peminjam individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40, T20 dan PKS mikro boleh memilih untuk mendapatkan moratorium 6 bulan. Permohonan boleh dibuat di laman sesawang bank masing-masing.
Bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta PKS mikro, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar. Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November 2021 (RM500). Inisiatif ini melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.