#大马一家

“大马一家”的理念在性质上更具包容与全面性。

它跨越宗教、种族与民族的界限。

我们是一个拥有不同种族与宗教的大家庭,正因为“家庭”的理念,将大家团结一心。

“大马一家”的理念之所以被采用及提倡,是因为一个国家的整体性与这大家庭的价值观之完整度紧紧相连。

马来西亚第9任首相就职演讲摘录
2021年8月22日

国民幸福指数

国民幸福指数

为确保整体的绩效,国民幸福指标(KHO)将作为其中一项关键绩效指标。

各个政府部门与机构必须获取首相署的同意,提议计划准则。

国民幸福指数(KHO)指南将根据现有的普世价值制定。

大马一家歌曲

作词     :YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr. Annuar Haji Musa
作曲     :Jerry
出版社 :Yayasan Persahabatan Malaysia (PERMAI) 与 Rocketfuel Entertainment

TEKS UCAPAN SEMPENA PRAPELANCARAN KELUARGA MALAYSIA

Auditorium Perdana,
Wisma Radio, Angkasapuri
8 Okt 2021, Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Keluarga Malaysia

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah perkenan-Nya, kita semua dapat berhimpun di Auditorium Perdana bagi menyempurnakan Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia yang amat bermakna ini.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

CIRI – KETERANGKUMAN

2. Barangkali ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya idea Keluarga Malaysia, dan mengapa ia menjadi ‘semangat’ yang mahu disemarakkan oleh kerajaan hari ini. Jawapannya mudah; kerana sebuah institusi keluarga sentiasa berperanan memelihara agama, melindungi keselamatan, menjaga maruah dan memastikan nasib setiap ahli keluarga terbela.

3. Dalam konteks negara, kita adalah Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia. Meskipun berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya, kita meraikan ‘keterangkuman’ (atau inclusivity) dalam perbezaan, menjunjung semangat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.

4. Kemajmukan yang kita raikan inilah yang menjadi benih yang membugar dalam hati setiap rakyat Malaysia. Kelangsungan ini merupakan aset yang mesti terus dipertahankan. Justeru, nilai setiap Keluarga Malaysia merupakan komponen penting demi menentukan jatuh, bangun bumi bertuah ini.

5. Amalan hidup saling bermuafakat dan tidak berpecah belah yang kita amalkan sebagai Keluarga Malaysia umpama peribahasa ‘serumpun bak serai, sesusun bak sirih’.

6. Majlis Prapelancaran ini merupakan manifestasi hasrat dan komitmen kerajaan, untuk meningkatkan usaha menyebar luas konsep dan hala tuju Keluarga Malaysia, agar ia dapat difahami dan dihayati setiap lapisan masyarakat. Ia seiring dengan perjalanan kita memulih dan mengembalikan negara, daripada impak krisis berkembar kesihatan dan ekonomi yang sedang kita lalui.

7. Konsep dan pendekatan Keluarga Malaysia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dihadam, kerana ia sebenarnya berlandaskan nilai-nilai sedia ada yang kita miliki dalam setiap keluarga. Apa yang dilakukan kerajaan adalah mengharmoni dan mengangkat nilai-nilai ini sebagai panduan mengukuhkan lagi kekuatan Malaysia, dengan keunikan pelbagai agama, bangsa dan kaum.

8. Kesemua nilai Keluarga Malaysia adalah berpaksikan kepada Keluhuran Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah termaktub dalam Rukun Negara.

9. Ibarat sepohon pokok, akar Keluarga Malaysia bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, manakala batang dan ranting menjulang kukuh nilai-nilai Keluarga Malaysia, yang kemudiannya membuahkan hasil seperti daun, bunga dan buah yang subur dan inayahnya, memanfaatkan rakyat. Inilah metafora Keluarga Malaysia.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

CIRI – KEBERSAMAAN

10. Pelbagai gerak kerja dan usaha merentas kementerian dan agensi diatur bagi memudah cara pelaksanaan program dan inisiatif, untuk rakyat dengan pantas dan berkesan. Ini merupakan usaha mencari ‘kebersamaan’ (atau common ground) agar pemegang taruh utama iaitu Keluarga Malaysia merasai nikmatnya.

11. Suka saya menarik perhatian semua, 24 hari selepas pembentukan kabinet baharu, kerajaan telah melancarkan
inisiatif Rumah Ikram Keluarga Malaysia di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang melibatkan 2,000 unit rumah yang menjadi teduhan kepada Keluarga Malaysia yang kehilangan dan kekurangan pendapatan akibat pandemik COVID-19.

12. Kementerian-kementerian melalui penyelarasan berterusan, telah merangka pelbagai inisiatif dan usaha bagi memastikan tidak ada Keluarga Malaysia yang akan ketinggalan atau “no one will be left behind”.

13. Sempena majlis hari ini, sebentar lagi saya akan melancarkan Skuad Keluarga Malaysia yang menyaksikan penyelarasan semua mekanisme penyampaian bantuan, untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara di bawah satu jentera.

14. Skuad Keluarga Malaysia ini akan diterajui Jabatan Kebajikan Masyarakat, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ia merupakan kolaborasi pelbagai agensi di bawah kementerian berbeza, pihak swasta dan pertubuhanpertubuhan bukan kerajaan (atau NGO).

15. Bagi pelancaran hari ini sahaja, seramai 10 ribu anggota Skuad Keluarga Malaysia telah bersedia untuk digerakkan ke segenap pelusuk negara, bagi membantu rakyat yang terkesan ekoran pandemik. Jumlah ini dijangka bertambah apabila lebih banyak kementerian dan agensi serta sukarelawan Keluarga Malaysia mendaftarkan diri.

16. Bagi memastikan kejayaan idea Keluarga Malaysia ini, setiap kementerian dan agensi kini sedang giat mengenal pasti produk yang bersesuaian untuk diangkat menjadi sebahagian usaha membantu rakyat. Ini merupakan langkah untuk menyemai budaya khidmat, berorientasikan prestasi bagi meringankan beban Keluarga Malaysia, yang memerlukan bantuan dan sokongan.

17. Dalam usaha ini, kerajaan akan memastikan setiap produk Keluarga Malaysia memberi impak positif seperti yang diharapkan. Oleh itu, kerajaan turut memperkenalkan mekanisme Keberhasilan Kebahagiaan (atau Key Happiness Outcome – KHO) yang juga merupakan pelengkap kepada Petunjuk Prestasi Utama (atau KPI). Garis panduan ini akan dibentuk berasaskan nilai sejagat
sedia ada, termasuk Indeks Kebahagiaan yang diguna pakai kebanyakan negara di seluruh dunia.

Keluarga Malaysia yang saya kasihi,

CIRI – KESYUKURAN

18. Toleransi masyarakat yang berbeza agama, bangsa dan kaum dalam kalangan Keluarga Malaysia sudah berlangsung puluhan tahun. Namun, tidak mudah mempertahankan payung toleransi andainya Keluarga Malaysia meminggirkan nilai-nilai yang boleh mewujudkan konflik dan perbezaan. Rasa ‘kesyukuran’ (atau contentment) terhadap toleransi ini telah diterjemahkan sebagai salah satu ciri-ciri Keluarga Malaysia.

19. Oleh itu, pada hari yang bermakna ini, saya ingin mengingatkan kembali bahawa keutamaan kita adalah untuk memerangi kemelut kesihatan dan ekonomi, tanpa memandang siapa yang ditimpa musibah. Usaha memulihkan negara ini akan tercapai dengan terus memupuk, menyemai dan mempertahankan ciri-ciri ‘Keterangkuman’ (Inclusivity), ‘Kebersamaan’ (Common Ground) dan ‘Kesyukuran’ (Contentment) yang kita miliki.

20. Kejayaan ini akan membolehkan kita membuka jalan pemulihan ekonomi negara dalam norma baharu, pasca pandemik. Ekonomi wajar dipulihkan, kesejahteraan rakyat perlu ditingkatkan, keyakinan pelabur harus dikembalikan. Yakinlah bahawa hanya melalui kerjasama penuh daripada Keluarga Malaysia, peperangan melawan pandemik COVID-19 akan berakhir dengan kemenangan.

21. Semoga, di sebalik pelitup muka yang menjadi sebahagian norma baru kehidupan kita ini, akan terukir kembali senyuman bahagia Keluarga Malaysia yang saya kasihi.

22. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada jawatankuasa penganjur, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia terutamanya kepada Yang Berhormat Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, atas kejayaan menganjurkan majlis prapelancaran pada petang ini.

23. Akhir kata, dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya dengan ini merasmikan majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia.

Sekian,

Wabillahi Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat