அண்மைச் செய்திகள்

Semangat Keluarga Malaysia di perhimpunan PBB, New York

Fantastik! Itulah perkataan pertama yang paling sesuai digambarkan sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai sesi ucapan beliau di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York.

Perdana Menteri gah sekali lagi memperkenalkan “Keluarga Malaysia” di mata dunia. Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia sangat komited dalam mengurus, mengatasi dan membaik pulih negara akibat wabak dan turut mengajak semua penduduk dunia untuk bersama-sama sebagai satu keluarga dunia bagi menangani cabaran dalam ketaksamaan, ketidakstabilan politik dan pemerintahan global.

Ia amat bertepatan dengan tema perhimpunan pada kali ini iaitu Building resilience through hope – to recover from COVID-19, rebuild sustainably, respond to the needs of the planet, respect the rights of people, and revitalise the United Nations

Menyedari bahawa Covid-19 adalah cabaran baharu kepada masyarakat dunia, masih ada negara yang berpendapatan sederhana dan kurang maju tidak divaksin. Seharusnya Keluarga Malaysia perlu bersyukur kerana negara kita melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah berjaya mencapai 82.5 operatus populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membenarkan aktiviti rentas negeri dengan syarat negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat oleh KKM.

Malah lebih menggembirakan apabila pusat-pusat pelancongan dan pulau-pulau atau kawasan pelancongan turut dibenarkan beroperasi. Dalam sesi ucapan tersebut, fokus Perdana Menteri bukan sahaja untuk mengakhiri wabak ini, malah turut mengajak keluarga dunia bekerjasama dalam memperluas keupayaan kesihatan awam melalui peningkatan akses masyarakat kepada ilmu pengetahuan dan teknologi yang relevan. Sehubungan itu, Malaysia akan memainkan peranan dengan lebih menonjol melalui pendekatan yang lebih inter-disiplin dan turut melibatkan pemegang taruh yang lebih relevan.  

Dalam menangani Covid-19, kerajaan Malaysia telah melaksanakan strategi yang jelas melalui tiga teras iaitu melalui penyampaian penjagaan kesihatan yang meluas, suntikan fiskal untuk membantu ekonomi dan melindungi rakyat.

Jika diperhatikan, melalui kerjasama strategik rentas kerajaan dengan penglibatan pihak berkepentingan, agensi kerajaan dan swasta, Malaysia telah tercatat antara negara yang terpantas di dunia dengan kadar vaksinasi konsisten yang tinggi melebihi 500,000 dos sehari.

Tidak hanya memfokus kepada populasi dewasa, kerajaan turut mempercepatkan kadar vaksinasi bagi remaja apabila sebanyak 156 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam dan Integrasi telah dikenal pasti bagi menyediakan suntikan vaksin secara “walk-in” menerusi PICK Remaja. Pada tahun lalu, langkah dan strategi kerajaan Malaysia dalam menangani Covid-19 telah mendapat pujian oleh Pakar Komunikasi dan Penggiat Literasi Media, Santi Indra Astuti.  

Dalam ucapan tersebut, Perdana Menteri menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah berbelanja kira-kira USD 130 bilion melalui Pakej Rangsangan Ekonomi. Pelbagai bentuk bantuan telah dilaksanakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi bagi meringankan beban individu dan isi rumah akibat pandemik.

Ia merangkumi Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa 1. Selain itu, moratorium bayaran balik pinjaman, diskaun bil elektrik, bayaran berjumlah RM300 ribu kepada setiap ahli Parlimen termasuk ahli Parlimen Pembangkang  bagi program Bantuan Bakul Makanan serta Program Subsidi Upah telah diperkenalkan.    

Seiring dengan bantuan-bantuan kepada rakyat, Malaysia turut memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebagai strategi keluar daripada pandemik melalui pendekatan 6R iaitu resolve, resilient, restart, recovery, revitalize dan reform.  

Pendekatan ini akan membina asas yang teguh ke arah negara yang maju, berteknologi tinggi dan berpendapatan tinggi dengan pengagihan yang lebih saksama. 

Hal ini akan memberi manfaat yang besar kepada seluruh Keluarga Malaysia bagi mengecapi hidup yang lebih harmoni, bersatu padu dan sentiasa bersama dalam meraikan kepelbagaian. Usaha kerajaan Malaysia dalam mencapai Agenda Pembangunan Lestari 2030 telah mendapat pujian di Malaysia Voluntary National Review 2021 yang lalu.

Sementara itu, menerusi portal rasmi Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) merupakan bahagian terakhir dalam Pelan Pemulihan Negara yang akan menjadi landasan dan hala tuju untuk pembangunan lima tahun negara. Pastinya kita mengharapkan RMK12 bakal memberi keutamaan kepada aspek kebajikan yang melibatkan seluruh komuniti di Malaysia.  

Tidak hanya berkisar mengenai Malaysia, sebagai negara anggota ASEAN, Malaysia komited dalam melestarikan rantau ASEAN sebagai Zon Keamanan, Kebebasan dan Berkecuali (ZOPFAN).

Membawa semangat Keluarga Malaysia yang prihatin, berkasih sayang, mengambil berat dan menghormati satu sama lain, YAB Perdana Menteri turut menzahirkan kebimbangan mengenai isu kemanusiaan yang melibatkan Myanmar dan pelarian Rohingya. Terkini, Malaysia menempatkan lebih daripada 154,000 pelarian dari Myanmar merangkumi 86% populasi pelarian di negara ini yang mana 66 peratus adalah etnik Rohingya. Pada April yang lalu, pemimpin-pemimpin negara ASEAN telah mengadakan sidang kemuncak peringkat tinggi untuk membincangkan krisis yang berlaku di Myanmar.

Ia juga merupakan lawatan pertama oleh pemimpin Junta Myanmar, Min Aung Hlaing sejak rampasan kuasa pada Februari yang telah mengakibatkan lebih 700 kematian dan penahanan lebih dari 3,300 orang. Konsesus Lima Perkara telah dipersetujui pada sidang kemuncak itu.

Antaranya penghentian segera keganasan di Myanmar, dialog konstruktif antara semua pihak, pelantikan Utusan Khas ASEAN untuk memudahkan dialog, penyediaan bantuan kemanusiaan dan juga lawatan Utusan Khas ke Myanmar. Sidang kemuncak itu walau bagaimanapun gagal menuntut pembebasan Aung San Suu Kyi dan tahanan politik yang lain.  

Sebagai Keluarga Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan, Perdana Menteri turut mengecam dan mengutuk pencerobohan berulang oleh Israel kepada penduduk Palestin sewaktu krisis 11 hari pada Mei lalu.

Beliau turut menggesa agar Israel mesti dipertanggungjawabkan atas segala kesalahan termasuk pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan. Perdana Menteri menggambarkan kekejaman atas rakyat Palestin adalah sama dengan apartheid.

Sebagai negara yang berdaulat, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan dan serangan berterusan oleh Israel terhadap Palestin dan akan berterusan menyokong serta bersolidariti bersama rakyat Palestin.

Perdana Menteri bersikap prihatin apabila turut mengajak keluarga dunia bersama-sama menyokong Afghanistan dan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat yang terjejas akibat serangan pengganas di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai bulan lalu.

Inilah semangat Keluarga Malaysia yang telah dipamerkan oleh Perdana Menteri melalui nilai kedamaian, keadilan, kesejahteraan, saling membantu dan menjaga maruah setiap ahli keluarga.  

 Kesimpulannya, pandemik Covid-19 telah banyak memberi pengajaran kepada kita dan seluruh masyarakat dunia untuk sentiasa bersama-sama hidup secara aman dan sejahtera melalui hubungan kerjasama yang kukuh.

“Tidak seorang pun yang selamat melainkan semua selamat”. Jika di Malaysia, nilai Keluarga Malaysia menjadi asas kebersamaan, diharapkan masyarakat dunia juga dapat mengambil kebaikan atas semangat dan nilai Keluarga Malaysia yang dipamerkan oleh Perdana Menteri.

Kita adalah multilateralisme dan perlu menganggap diri kita sebagai satu keluarga agar beroleh kemenangan dalam perjuangan menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi pada masa kini.  

Sumber : Utusan Malaysia

Share:

Facebook
LinkedIn
WhatsApp

Latest Article

首相呼吁全民异中求同 勿让差异断送团结精神

(吉隆坡19日讯)首相拿督斯里依斯迈沙比里呼吁全民异中求同,勿因出现意见分歧,而断送长久以来建立的团结精神。 “无论任何差异都应视为优势,而不是劣势,而任何相似之处,都应被视为优势。” 他今日通过电视直播发表默罕默德诞辰(Malidur Rasul)圣纪节献词,呼吁人民适应新常态以应对当前具有挑战的经济和健康危机,并作为马来西亚家庭共同努力复苏国家。  “作为一个大马一家,我们以爱和宽容重新加强团结。无论我们是谁,是父亲、母亲、孩子、邻居、员工、办公室主管或社区领袖、宗教或政治人物,每个人都必须为大马一家的福祉,在复苏国家方面发挥作用。 ” 他表示,穆斯林的荣耀,甚至一个民族和国家的兴衰,都在于团结和团结。

Read More »

首相:以先知倡导的概念建立“大马一家”

(吉隆坡18日讯)首相拿督斯里依斯迈沙比里称,将以先知穆罕默德的“团结”(Penyatuan)概念作为教诲,不论每人的背景,建立一个和谐的“大马一家”。 依斯迈沙比里说,先知穆罕默德当时团结了不同部落、宗教及传统,而他效仿先知的圣训是表示本身是忠诚穆斯林的方式。 他配合明天先知穆罕默德诞辰,在面子书发文,向穆斯林问安,并叮咛大家始终按照先知圣训行善。 他提到,当先知移居麦地那时,不仅成功团结穆哈吉林(Muhajirin)与辅士(Ansar),还通过《麦地那宪章》与犹太人共处。 原文 : 东方日报

Read More »

首相:作為大馬一家KPI 政府推幸福成果關鍵指數

(吉隆坡8日訊)首相拿督斯里依斯邁沙比利披露,為確保“大馬一家”概念可獲有效執行,政府將會推出“幸福成果關鍵指數”(KHO)作為關鍵績效指標 (KPI),並根據全球現有的普世價值來制定。 他今午為“大馬一家”理念主持非正式推介禮時指出,“大馬一家”的所有價值觀是以聯邦憲法和國家原則為依據的。政府將會在來臨的22日,於砂拉越古晉正式為“大馬一家”主持推介禮。 他說,“大馬一家”的三大理念計有包容性、團結和感激。 “就如一棵樹木,大馬一家的根,以聯邦憲法和國家原則為主幹,以價值觀為樹枝,接著開花結果,讓人民受惠,這是大馬一家的隱喻。” 依斯邁提到,有許多人詢問“大馬一家”真正的構思及為何能成為政府的“精神”,這是因為一個家庭扮演的是捍衛宗教、保護安全、維護尊嚴和確保每個家庭受照顧。 他聲稱,在一個國家的脈絡下,我們是一個大家庭,由各個宗教、民族、種族和年齡層的人民組成。

Read More »

Latest Article

首相呼吁全民异中求同 勿让差异断送团结精神

(吉隆坡19日讯)首相拿督斯里依斯迈沙比里呼吁全民异中求同,勿因出现意见分歧,而断送长久以来建立的团结精神。 “无论任何差异都应视为优势,而不是劣势,而任何相似之处,都应被视为优势。” 他今日通过电视直播发表默罕默德诞辰(Malidur Rasul)圣纪节献词,呼吁人民适应新常态以应对当前具有挑战的经济和健康危机,并作为马来西亚家庭共同努力复苏国家。  “作为一个大马一家,我们以爱和宽容重新加强团结。无论我们是谁,是父亲、母亲、孩子、邻居、员工、办公室主管或社区领袖、宗教或政治人物,每个人都必须为大马一家的福祉,在复苏国家方面发挥作用。 ” 他表示,穆斯林的荣耀,甚至一个民族和国家的兴衰,都在于团结和团结。 “拉苏鲁拉与居住在北部和南部省份麦地那附近的各个部落签订了和平协议,除了避免混乱和权力冲突之外,还以真相为原则增进了解和重建关系。” “千万不要因为我们的意见不同、平台不同或方法不同,导致兄弟情谊和久已铸就的团结精神丧失。” 他指出,今年先知诞辰的主题“上苍法则,有品社群”(Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti),指引人们到强调上苍法则政策原则的新常态,其中元素也符合大马一家的概念。 他说,在跨越当前卫生与经济的双重危机,作为大马一家的人们除了需适应新常态,也受促并肩作战协助国家复苏。他指出,所有的价值观都符合大马一家的理念,大马一家强调包容、团结和感恩三大主旨,此外还有其他 20 种价值观,例如善行、信仰、爱和深思熟虑。 “这个主题也符合民族团结政策和多元统一的概念,民族团结和融合长期以来在该国实行,包括在默罕默德诞辰庆祝活动中。” 原文 : 东方日报

Read More »

வேறுபாடுகளைப் பலவீனமாகக் கருதாமல் சாதகமாக்குவோம் – பிரதமர்

கோலாலம்பூர், 19 அக்டோபர் (பெர்னாமா)– தற்போதைய சவாலான பொருளாதார மற்றும் சுகாதாரப் பிரச்சனைக்கு மத்தியில் நாட்டை மீட்டெடுக்க ஒன்றிணைந்தும் புதிய இயல்பிற்கு ஏற்பவும் மலேசிய குடும்பம் செயல்பட வேண்டும். வேறுபாடுகளைப் பலவீனமாகக் கருதாமல் அவற்றை

Read More »

首相:以先知倡导的概念建立“大马一家”

(吉隆坡18日讯)首相拿督斯里依斯迈沙比里称,将以先知穆罕默德的“团结”(Penyatuan)概念作为教诲,不论每人的背景,建立一个和谐的“大马一家”。 依斯迈沙比里说,先知穆罕默德当时团结了不同部落、宗教及传统,而他效仿先知的圣训是表示本身是忠诚穆斯林的方式。 他配合明天先知穆罕默德诞辰,在面子书发文,向穆斯林问安,并叮咛大家始终按照先知圣训行善。 他提到,当先知移居麦地那时,不仅成功团结穆哈吉林(Muhajirin)与辅士(Ansar),还通过《麦地那宪章》与犹太人共处。 原文 : 东方日报

Read More »

首相:作為大馬一家KPI 政府推幸福成果關鍵指數

(吉隆坡8日訊)首相拿督斯里依斯邁沙比利披露,為確保“大馬一家”概念可獲有效執行,政府將會推出“幸福成果關鍵指數”(KHO)作為關鍵績效指標 (KPI),並根據全球現有的普世價值來制定。 他今午為“大馬一家”理念主持非正式推介禮時指出,“大馬一家”的所有價值觀是以聯邦憲法和國家原則為依據的。政府將會在來臨的22日,於砂拉越古晉正式為“大馬一家”主持推介禮。 他說,“大馬一家”的三大理念計有包容性、團結和感激。 “就如一棵樹木,大馬一家的根,以聯邦憲法和國家原則為主幹,以價值觀為樹枝,接著開花結果,讓人民受惠,這是大馬一家的隱喻。” 依斯邁提到,有許多人詢問“大馬一家”真正的構思及為何能成為政府的“精神”,這是因為一個家庭扮演的是捍衛宗教、保護安全、維護尊嚴和確保每個家庭受照顧。 他聲稱,在一個國家的脈絡下,我們是一個大家庭,由各個宗教、民族、種族和年齡層的人民組成。 他指出,雖然有不一樣的信仰、背景和文化,但倡導的是“包容”,即在各種差異之中,也擁護馬來西亞精神作為一個民族國家。 “我國的多元性是每位人民心中的種子,這份資產須繼續受捍衛。因此,每名家人是一個重要的組成部分,決定了這個國家的興衰。” 他強調,“大馬一家”的理念並不會難消化,因為這是根據一個家庭現有的價值觀而定。而政府所做的一切,都是落實並加強這些價值觀,讓我國在獨特的多元宗教、民族和種族中更為壯大。 1萬名成員團隊助民 依斯邁沙比利說,隨著非正式推介後,“大馬一家工作隊”( Skuad Keluarga Malaysia )里的約1萬名成員將會動身全國各角落,協助受疫情影嚮的人民。預計,將有更多部門和機構、還有大馬一家的志工加入行列。 他指出,“大馬一家工作隊”是經各單位的協調後,統一為全國人民送上援助的團隊。 此團隊由婦女及家庭部屬下的福利局領導,結合各個部門、私人界和非政府組織的力量合作。 他表示,在“大馬一家”的“團結”理念中,政府通過跨部門和機構合作,為人民提供有效和迅速的各項計劃。各部門經互相協調,已規劃了各種計劃,確保沒有任何人被遺漏。 甲晉緊急狀態與否 下週定奪 依斯邁沙比利說,副國家元首納茲林沙將聽取總檢察長,國家安全理事會,衛生部和選舉委員會的匯報後,才決定是否要為馬六甲頒布緊急狀態,以阻止州議會已解散的馬六甲進行州選舉的事宜。 他披露,副國家元首預料會在下周對外宣布決定。 三大種族掀開序幕 “大馬一家”概念推介禮,以三大種族組成的文學家林天英、法迪希達亞和桑吉達克里斯納沙米朗誦“大馬一家”詩歌掀開了序幕。

Read More »