#Yayasan Keluarga Malaysia

Pendekatan Keluarga Malaysia kerana frasa ini sifatnya lebih inklusif. Ia merentasi sempadan agama, bangsa, dan kaum. Di mana, kita menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama, tetapi nilai kekeluargaan telah mengikat mereka semua. Konsep Keluarga Malaysia diambil kerana keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

Petikan ucapan sulung PM-9 pada 22 Ogos 2021

VISI

  • YKM berhasrat menjadi peneraju utama dalam memberikan sokongan kepada kanak-kanak yang terkesan akibat Pandemik COVID-19 daripada aspek kebajikan dan pendidikan.

MISI

  • Membantu anak-anak yatim/ yatim piatu akibat Pandemik COVID-19 khususnya golongan berpendapatan rendah atau B40 menerima bantuan kewangan atau bukan kewangan.
  • Menjadi platform sebagai tempat sokongan moral untuk memulihkan dan menstabilkan emosi anak-anak yang terkesan akibat Pandemik COVID-19.
  • Menjalin kerjasama bersama rakan strategik bagi menyediakan peluang pendidikan dan latihan kepada anak-anak yatim/ yatim piatu akibat Pandemik COVID-19 sehingga berusia 18 tahun atau tamat ijazah sarjana pertama.

RAKAN STRATEGIK

  • JABATAN PERDANA MENTERI
  • KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
  • KEMENTERIAN PENDIDIKAN
  • KEMENTERIAN KESIHATAN
  • KERAJAAN NEGERI
  • SYARIKAT SWASTA DAN SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC)
  • PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
  • AGENSI ZAKAT DAN BAITULMAL
  • MEDIA MASSA

AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH YAYASAN KELUARGA MALAYSIA (M/S 6)

  1. Pengerusi (YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob)
  2. Ketua Setiausaha Negara
  3. Ketua Setiausaha Perbendaharaan
  4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
  5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi
  6. Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  7. Wakil Lantikan YAB Perdana Menteri

BANTUAN YKM

Sejak YKM ditubuhkan pada tahun 2021, seramai 534 penerima telah menerima bantuan secara one-off semasa Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia.

Pada tahun 2024, pihak YKM telah mula menyalurkan Bantuan Kasih YKM, iaitu bantuan tahunan kepada 515 penerima yang layak dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.1 juta setahun.

YKM juga turut menyalurkan Bantuan Persekolahan dan Bantuan Menara Gading kepada 585 penerima dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM175,500.

Bantun-bantuan tersebut telah menjadi komitmen dan tanggungjawab YKM pada setiap tahun. Jumlah penerima bantuan juga dijangka terus bertambah pada setiap tahun sekaligus meningkatkan tanggungan YKM.

Bantuan Kasih YKM

  • Bantuan tahunan ini akan disalurkan secara berfasa kepada penerima yang layak mengikut kategori berikut:
Perkara
Kadar
Kategori A: Sejak lahir sehingga 15 tahun
RM2,000
Kategori B: 16 tahun sehingga tamat Ijazah Sarjana Muda Pertama
RM2,500