Skuad #KeluargaMalaysia

Skuad Keluarga Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 8 Oktober 2021. Ia diterajui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Skuad ini merupakan kolaborasi pelbagai agensi di bawah kementerian berbeza, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyelaras semua mekanisme penyampaian bantuan kepada rakyat yang memerlukan di seluruh negara, di bawah satu jentera.

Sehingga kini, skuad ini telah mempunyai 10,000 anggota yang bersedia membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik.

Kerajaan menggalakkan lebih banyak kementerian dan agensi serta sukarelawan mendaftarkan diri sebagai Skuad Keluarga Malaysia.